Content feed Comments Feed

Apa Itu Forex?

Posted by dhomnirhahs Monday, November 30, 2009




Perkataan Forex atau FX bermaksud Tukaran Asing, dan belian serentak satu mata wang, tambahan kepada menjual yang lain. Ini merupakan pasaran kewangan yang paling besar dalam dunia. Mata wang didagang dalam pasangan, contohnya Euro/ Dolar US (EUR/USD) atau Pound British/ Yen Jepun (GBP/JPY). Pasaran Tukaran Mata Wang mengendalikan bilangan transaksi yang besar 24 jam sehari, 5 hari seminggu.

Forex ditubuhkan pada 1971 dan bertumbuh secara berterusan sepanjang 1970-an. Walau bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi dalam 80-an, pasaran Forex berkembang dari tahap perdagangan $70 bilion sehari, ke tahap kini pada kira-kira $3.00 trilion. Dibandingkan, pasaran bon Perbendaharaan Amerika Syarikat mendapati secara purata $300 bilion sehari, serta kombinasi pasaran-pasaran saham Amerika mendapati kira-kira $28 bilion sehari. Akibatnya, anda boleh melihat setakat mana besarnya pasaran Forex sebenarnya. Secara luar biasa, forex sebenarnya bersamaan kepada lebih daripada tiga kali jumlah amaun saham, dan dikombinasikan dengan pasaran niaga hadapan.

Apakah yang memandu pasaran Forex?

Negara-negara lain menggunakan mata wang berlainan. Walau bagaimanapun, transaksi rentas sempadan berlaku. Jika seluruh dunia menggunakan satu mata wang, pasaran Forex tidak perlu wujud. Keperluan untuk pasaran Forex datang daripada keperluan untuk pertukaran antara negara, yang sebaliknya mencerminkan keperluan untuk tukaran mata wang.

Harga mata wang ditentukan oleh penawaran dan permintaan. Penawaran dan permintaan adalah faktor-faktor yang menentukan harga dalam sebarang pasaran. Apabila terdapat terlalu ramai pembeli dan penjual, harga volatiliti lebih tinggi dan pasaran akan menjadi lebih dinamik. Harga akan naik dan turun lebih kerap. Apabila harga naik kami beli, dan apabila ia turun kami jual dan membuat keuntungan. Berbeza daripada pasaran lain yang tertakluk bagi manipulasi harga, FX terlalu besar untuk kawalan satu entiti.

Bagaimanakah boleh anda mendapatkan wang?

Belian rendah dan jualan tinggi, atau jualan rendah dan belian tinggi, adalah asas mendapat wang dalam Forex. Contohnya, jika anda membeli Euro menentang USD apabila setiap Euro bersamaan kepada 1.4800USD, dan kemudian menjualnya apabila ia menjadi 1.4850USD, anda mendapat keuntungan.

Subjek besar adalah bagaimana anda mengenalpasti masa untuk membeli, dan bagaimana anda mengenalpasti bahawa apabila anda membeli, harga menaik dan anda mendapat keuntungan. Ini adalah soalan paling penting yang membuatkan anda pedagang yang berjaya.

Terdapat dua kaedah untuk mengetahui masa paling baik untuk membeli dan menjual: Analisis teknikal dan asas.

Dalam analisis teknikal, anda boleh meramal arah harga dengan petanda analisis yang anda lengkapkan pada carta harga, dan juga dengan bantuan beberapa peralatan istimewa yang dipanggil petanda teknikal.

Analisis teknikal adalah sains, yang jika anda ingin bekerja di Forex, anda perlu belajarinya dengan baik untuk menjadi pedagang yang berpengalaman. Tidak sukar untuk belajar analisis teknikal.

Kaedah lain adalah Analisis Asas. Analisis ini digunakan untuk meramal masa depan harga mata wang mengikut situasi ekonomi dan juga politikal di dunia dan negara maju yang penting seperti Amerika Syarikat, UK, Jerman dan Jepun.

Analisis asas mempunyai penggunaan jangka panjang, tetapi pedagang baik boleh mermal perubahan tiba-tiba yang berlaku selepas mehebahkan berita penting tentang situasi ekonomi negara penting. Misalannya, apabila berita mengatakan bahawa situasi ekonomi di Jerman bertambah baik sebanyak 2 %( GDP) berbanding dengan bulan lepas, Euro bertambah kuat dan orang mula membelinya. Akibatnya, nilai Euro akan menaik kerana tambahan permintaan secara tiba-tiba. Jika anda tahu keputusan berita tentang harga, anda boleh mendapati kedudukan yang berpatutan dan mendapat wang. Walau bagimanapun, terdapat dua belah kepada cerita ini, yang bermaksud jika anda mengambil ramalan yang salah, anda akan rugi. Nasihat paling baik adalah untuk membeli khabar angin dan menjual fakta.

Apa yang didagangkan dalam Tukaran Asing?

Jawapan mudah adalah wang. Mata wang didagangkan melalui broker dan sentiasa didagangkan secara pasangan. Misalannya, Dolar US menentang Euro, atau Pound British menentang Yen Jepun. Aspek lain Tukaran Asing adalah Niaga Hadapan, Saham CFD, Logam, dan Tenaga. Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk ini, sila lihat halaman Produk-Produk Forex.

Matawang yang mana didagang?

Matawang yang paling popular adalah:

EUR Euros
USD Dolar Amerika Syarikat
CAD Dolar Kanada
GBP Pound British
JPY Yen Jepun
AUD Dolar Australia
CHF Franc Swiss
NZD Dolar New Zealand

Bilakah dagangan Forex berlaku?

Sesi pertama adalah sesi Tokyo, yang bermula setiap minggu pada pagi Isnin di kawasan Asia Pasifik, yang merupakan malam Ahad di Timur Tengah, tambahan pula ini adalah Ahad petang di Amerika. Perdagangan berterusan tanpa henti, bergerak masuk ke Sesi London. Tambahan pula, perdagangan berterusan ke Sesi New York, sehingga semua pasaran tutup pada lewa petang Jumaat.

Kelebihan Dagangan Forex:

  1. Kecairan tinggi: Pasaran Forex adalah pasaran kecairan paling tinggi dalam dunia. Kira-kira $3.00 trilion didagang dalam sehari, pedagang diberi peluang maksimum dalam mencari pihak bertentangan untuk melaksanakan perdagangan mereka, dengan risiko minimal satu pihak mengawal aliran pasaran.
  2. Keberkesanan: Forex adalah pasaran 24 jam, yang bekerja melalui satu rangkaian Komunikasi Elektronik (ECN). ECN ini wujud untuk membawa pembeli dan penjual bersama jika boleh. Walau bagimanapun, dengan kecairan dan pertalian antara bank, pedagang mempunyai keberkesanan paling tinggi dalam pelaksanaan perdagangan mereka.
  3. Kos: Kos perdagangan Forex kurang daripada pasaran lain. Berbeza dari pasaran lain yang biasanya mengenakan komisen tinggi, pendapatan broker Forex bergantung terutamanya pada spread, yang merupakan perbezaan antara harga belian dan jualan.
  4. Pengumpilan & Margin: Pengumpilan yang digunakan dalam pasaran Forex, membenarkan pedagang untuk mendapat paling banyak daripada ekuiti mereka. Dengan pengumpilan 1:100, pedagang boleh memasuki pasaran dengan lot $100,000 hanya dengan ekuiti $1,000. Pilihan ini memaksimumkan peluang untuk memaksimumkan keuntungan dalam pasaran, menjadikan pedagang tidak mempunyai had untuk mengecapi pendapatan.

Mengapakah Forex sungguh popular?

Berdagang Forex adalah mudah, sesiapa pun boleh melakukannya. Anda tidak perlu merupakan pakar kewangan, dan juga menonton TV Bloomberg setiap pagi, atau membeli surat khabar kewangna untuk membuat keputusan perdagangan anda. Dengan pengenalan terbaru perdagangan Forex melalui internet, pasaran Forex menarik pelbagai pengguna rumah dan perniagaan. Adalah mungkin untuk berdagang dalam pasaran paling besar dalam dunia, dengan usaha paling kurang. Profit yang tinggi dan cabaran yang menyeronokkan berkaitan dengan Forex, membuatkan forex lebih popular dari pasaran kewangan lain di dunia.

Terminologi Forex:

  • Apa itu Pip?
  • Pip bermaksud (PERCENTAGE IN POINTS). Ia merupakan unit ukuran untuk perubahan terkecil dalam harga pasangan mata wang. Pip adalah titik perpuluhan terakhir dalam kadar tukaran atau pasangan mata wang. Untuk kebanyakan mata wang, satu Pip bersamaan dengan 0.0001. Ini bermaksud jika anda membeli EUR/USD pada 1.4500 dan menjual pada 1.4505, anda memperolehi 5 pip.

  • Lot
  • Nilai pip berubah berdasarkan saiz akaun anda. Akaun biasa adalah 100,000 unit daripada mata wang dasar. Jika anda berdagang dalam USD, nilai LOT dalam akaun biasa adalah $100.000. Satu LOT mini adalah 10,000 unit dari mata wang dasar. Walau bagaimanapun, jika anda berdagang LOT mini, anda boleh mengumpil hingga $10,000. Ini adalah sebab mengapa pip dalam akaun mini bernilai kurang daripada pip dalam akaun biasa. Nilai pip untuk LOT mini biasanya bernilai $1, manakala untuk LOT biasa pip bernilai $10. Tambahan pula, ia berlainan dari satu pasangan mata wang ke pasangan yang lain.

  • Pengumpilan
  • Pengumpilan adalah dengan menggunakan lebih daripada wang anda untuk berdagang. Pengumpilan 1:100 bermaksud, bahawa anda boleh berdagang dengan $100 dengan hanya meletakkan $1 dalam pasaran. Ini adalah satu ciri-ciri yang membuatkan dagangan Forex menarik. Misalanya, untuk setiap $1,000 yang anda laburkan, anda boleh berdagang 1 lot $100,000. Jika anda melabur $8, 000, ini membolehkan anda berdagang hingga $800,000. Dagangan Forex adalah pulangan pelaburan yang memuaskan, dan menarik kepada pedagang-pedagang, oleh itu broker-broker menawarkan pengumpilan yang tinggi.

    Secara waspada, pedagang-pedagang perlu berhati-hati, jika tidak ia merbahaya dan melibatkan risiko.

  • Boleh saya berdagang dari rumah?
  • Anda boleh berdagang dari mana-mana. Rumah, kerja atau percutian menarik di tepi pantai. Jika anda suka menjelajah, ini adalah perniagaan yang diimpikan. Dengan computer riba anda atau telefon mobil anda anda boleh berdagang Forex dengan mudah, dan membuat wang di mana-mana dalam dunia di mana terdapat talian internet. Dagangan Forex tidak terikat kepada dasar perdagangan dan tidak berpusat. Ia dianggap sebagai pasaran Over-The-Counter (OTC).

  • Apakah peralatan yang saya perlukan untuk mulakan Perdagangan Forex?
  • Sebuah computer atau telefon mobil dengan pertalian Internet kelajuan-tinggi dan anda sedia untuk pergi!

0 comments

Post a Comment

"The best way to say thanks"

Pilih Bahasa Anda

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
"ADVERTISE HERE"
1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

Wanna Chit Chat ?

Admin 1
Admin 2